Model konsep EMAS milik Proton turut dipertontonkan oleh syarikat jururunding rekaannya iaitu Italdesign Guigiaro pada pameran motor Geneva tahun ini. Ini bermakna kali kedua model konsep yang akan menjadi asas kepada kereta kecil global Proton yang sedang dibangunkan sekarang dipamerkan. Cuma pada kali ini logo Proton ditukar kepada logo syarikat Guigiaro.
Menurut sumber, Proton sedang mengadakan rundingan dengan Nissan Motor dari Jepun untuk menggunakan Platform dan powertrain Nissan Micra untuk model EMAS ini. Mereka juga mempunyai pilihan untuk menggunakan kepakaran rakan lama mereka iaitu Mitsubishi Motors untuk model ini dan platform Mitsubishi Colt mungkin sesuai untuk EMAS. Apa pun Proton memang amat memerlukan kolaborasi dengan syarikat yang lebih maju dan saya fikir syarikat Jepun lebih sesuai dengan iklim permotoran Malaysia kerana mereka sudah terkenal dengan enjin yang mempunyai ketahanan yang baik dan mudah selenggara berbanding jenama Eropah yang mempunyai enjin yang sensitif dan ‘manja’.