Kia, Recall news

Kia Panggil Balik 70,115 Unit Model Optima Atas Kemungkinan Masalah Kotak Gear

March 11, 2011

Kia Motor telah memanggil balik model Kia Optima yang dibuat dari bulan September 2009 sebanyak 70,115 unit di Amerika atas kemungkinan masalah kotak gear yang boleh menyebabkan kereta bergerak sendiri walaupun dalam kedudukan parking. Ianya berkemungkinan kabel penukaran gear tidak dipasang dengan betul dan menyebabkan tercabut. Jika itu berlaku, kereta akan berada pada gear terakhir walaupun pemandu sudah menukar tuil gear ke mode parking. Belum dapat dipastikan samada model Optima di negara kita mengalami masalah yang sama atau tidak. Pemilik Optima bolehlah menghubungi wakil jualan dan servis terdekat untuk mengetahui status Optima anda.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!