Perodua

Komponen Enjin PERODUA Tidak Terjejas

March 15, 2011

KOMPONEN enjin kereta PERODUA yang diimport dari Jepun tidak terjejas susulan bencana Tsunami dan gempa bumi yang memusnahkan beberapa bahagian negara itu baru-baru ini, kata Pengarah Urusan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd, Datuk Aminar Rashid Salleh.

“Kesan akibat bencana itu juga, katanya, tidak memberi gangguan kepada rancangan pembuatan dan pengeluaran kenderaan itu pada peringkat domestik,” katanya dalam kenyataan semalam. Daihatsu Motor Company dari Japan adalah rakan kongsi teknikal dan teknologi dan juga pemegang kepentingan PERODUA.

Katanya, 10 peratus hingga 20 peratus bahagian enjin diimport dari Jepun digunakan Myvi, ViVA dan ALZA.

Aminar berkata, selain lindung nilai, PERODUA juga sedang mempertimbang pilihan dan kegiatan lain untuk mengurangkan kos yen dan harga bahan mentah yang semakin meningkat.

Perodua tidak berhasrat untuk menaikkan harga kenderaannya tetapi jika situasi berubah dengan mendadak, ia mungkin perlu mengkajinya, kata beliau.

Sambil menyuarakan kesedihannya tentang tragedi di Jepun itu, Aminar berkata Perodua akan mendermakan RM50,000 kepada kerajaan Jepun melalui kedutaannya di Kuala Lumpur.-Berita Harian

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!