Perodua

Perodua Buat Perubahan Pada Enjin, Perkenal Turbo Dwi Suntikan

March 18, 2011

PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) akan melaksanakan transformasi kepada sistem enjin kereta keluarannya dalam tempoh dua hingga lima tahun ini, dengan mengutamakan ciri mesra alam dan penjimatan petrol.

Mengikut transformasi itu, dalam tempoh dua tahun ini, syarikat automotif nasional kedua itu akan menumpu kepada penggunaan blok enjin diperbuat daripada aluminium sepenuhnya dan enjin berkuasa turbo dwi suntikan.

Dalam tempoh tiga hingga lima tahun berikutnya pula, ia dengan kerjasama rakan teknikal yang juga pemegang sahamnya, Daihatsu Motor merancang menggunakan sistem enjin teknologi hidrogen dan air yang mesra alam.

Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata PERODUA sentiasa berusaha meningkatkan mutu kereta keluarannya dengan menumpukan kepada aspek penjimatan kos terutama penggunaan petrol.

Katanya, lebih penting lagi PERODUA akan mengurangkan penggunaan bahan berasaskan besi untuk sistem enjinnya yang boleh mendatangkan lebih banyak pencemaran, sebaliknya lebih kepada teknologi hidrogen dan air.

Bagaimanapun, katanya penggunaan enjin teknologi hidrogen dan air itu masih dalam peringkat kajian yang dijangka dapat direalisasikan dalam tempoh lima tahun akan datang.- Berita Harian

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!