Tadi sewaktu admin membaca akhbar Harian Metro, admin ternampak iklan satu muka Proton yang menawarkan pembiayaan serendah dari 2.58% untuk model Persona, Exora dan Inspira. Sebelum ini Proton membuat tawaran untuk model Inspira dan Exora sahaja pada kadar 2.88% namun seteru mereka iaitu Perodua yang memberi rebat tunai untuk 3 model utama mereka memaksa Proton untuk menambah model dan tawaran mereka. Perang harga? Mungkin. Untuk makluman pembaca, kadar pembiayaan pada ketika ini ialah 3.75% hingga 4.1% justeru tawaran ini adalah begitu berbaloi untuk mengurangkan komitmen bulanan untuk sebuah kereta baru. Inilah masanya untuk anda memiliki kereta Proton idaman anda.
Sehingga kini admin masih tidak lagi faham mengapa bank pusat terus menaikkan kadar faedah jika ekonomi berkembang. Alasannya untuk mengawal inflasi. Betul ke? Maklumlah admin bukan pakar ekonomi. Jika ekonomi berkembang 6 peratus pun, berapa ramai diantara kita yang mendapat kenaikan gaji melebihi 5 peratus setahun? kebanyakan kita mungkin dapat sekitar 3% dan ada juga yang tiada kenaikan. Jika pendapatan meningkat sekalipun dengan kenaikan kadar faedah hanya mengurangkan kuasa beli kita. Ini yang admin masih tak faham jadi ada pembaca boleh terangkan?