• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Admin
  • Pengiklanan
  • Contact
sembang-auto.com

sembang-auto.com

Peneraju informasi automotif Malaysia

Satria Neo S2000 kembali beraksi dalam Kejuaraan Rali Asia Pasifik

March 31, 2011 by admin Leave a Comment

Share this on WhatsApp
Email, RSS Follow

Proton Satria Neo S2000 sekali lagi bakal memberikan saingan sengit dalam kempen Kejuaraan Rali Asia Pasifik (APRC) musim 2011, kali ini Proton Holdings Berhad melalui divisyen perlumbaan Proton Motorsports, berazam untuk mencatatkan kemenangan bagi mengulangi pencapaian cemerlang mereka pada tahun lepas (tempat kedua kategori pengeluar). Sehubungan dengan itu bertempat di Sunway Resort Hotel & Spa, Petaling Jaya kelmarin pada majlis pelancaran rasmi APRC 2011, Proton telah melancarkan jentera S2000 mereka dengan kehadiran bersama pemandu Alister McRae dan Chris Atkinson.

Rali pertama yang akan diadakan ialah Rali Malaysia di Johor yang akan bermula dari 1 hingga 3 April ini, di mana pasukan Proton Motorsports berazam untuk meraih kedudukan terbaik pada pusingan pembukaan itu. Selain mempersembahkan Proton Satria Neo S2000, Satria Neo yang dibangunkan bersama penala terkenal Cusco dari Jepun turut dilancarkan dalam majlis tersebut. Diletakkan dalam kategori Group N iaitu kereta keluaran standard dengan spesifikasi yang ditetapkan oleh FIA, dua buah jentera itu akan turut beraksi dan akan dipandu oleh pemandu dari Jepun, Kosuke Takashino dan Akira Bamba.



Dengan penampilan dalam sukan rali yang mendapat perhatian meluas dari penonton di seluruh dunia di lebih 129 negara, Proton bukan saja mendapat pendedahan dan input berguna dalam membangunkan setiap model kenderaan mereka, malah sukan rali itu sendiri merupakan salah satu cara mempromosikan jenama Proton ke peringkat global. Kejayaan Proton dalam sukan rali akan mengukuhkan nama syarikat itu sebagai pengeluar automotif terkemuka di dunia setanding dengan syarikat terkenal lain.

Selepas Rali Malaysia, APRC 2011 akan diteruskan di Rali Australia pada 13 sehingga 15 Mei 2011

Asia Pacific Rally Championship (APRC) 2011

1 – 3 April Malaysia
13 – 15 May Australia
17 -19 June Nouvelle Caledonie
15 – 17 July New Zealand
30 Sep – 2 Oct Japan
4 – 6 Nov China

Email, RSS Follow

Share this:

  • Facebook
  • X
Share this on WhatsApp

Filed Under: Proton Tagged With: Proton, Proton baru, proton satria neo, Proton terpakai, Rali APRC, Satria Neo cusco, Satria Neo S2000

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
CAPTCHA Image
Refresh Image
*

Primary Sidebar

Iklan

Like Kami Di Facebook

Hantaran Terkini

  • 5 Model Teratas Pasaran Kereta Di Jepun Untuk Separuh Pertama Tahun 2025 September 20, 2025
  • Proton Persona Capai 1 Juta Kilometer, Pemilik Berasa Bangga Bersama ‘Sahabat’ September 18, 2025
  • 8 Tabiat Pemandu Jepun Yang Boleh Kita Ikuti March 10, 2024
  • Nombor Siri Alphard Vellfire AGH30/35 Berkemungkinan Mengalami Masalah Gearbox December 12, 2023
  • Toyota Bakal Keluarkan Kereta Elektrik Dengan Had Jarak Lebih 1000km, Dijual Pada 2027 September 17, 2023
  • Proton X90 Terbakar: Pemilik Perlu Periksa Di Pusat Servis September 16, 2023
  • Enjin Vellfire Siri 20 Bunyi Bising: Mekanik Buat Ujikaji Buang Balance Shaft September 16, 2023
  • Brosur Vellfire Siri 40 Baharu Bocor Sebelum Pelancaran June 15, 2023
  • Lagi Gambar Alphard Dan Vellfire 2023 Bocor Sebelum Pelancaran June 11, 2023
  • Gambar Toyota Alphard Dan Vellfire Siri 40 Bocor Sebelum Pelancaran Rasmi May 30, 2023

Carian

Copyright © 2026 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in