Uncategorized

Statistik Jualan Kereta Di Malaysia Untuk Bulan Januari 2011

March 6, 2011

Perodua Myvi masih lagi mengekalkan kedudukan teratas untuk kereta kategori nasional paling laris di Malaysia dengan jumlah jualan sebanyak 7176 unit mengatasi model terlaris Proton iaitu Saga hanya dengan 48 unit. Perodua Viva menduduki tempat ketiga dengan Proton Persona menduduki tempat keempat. Untuk kategori MPV pula, Perodua Alza mengatasi jualan Proton Exora dengan jualan 2812 unit berbanding Exora yang mencatat jualan 1992 unit.

Kedudukan 10 teratas kategori nasional.

1.Perodua Myvi 7176
2.Proton Saga 7128
3.Perodua Viva 5342
4.Proton Persona 4266
5.Perodua Alza 2812
6.Proton Exora 1992
7.Proton Inspira 1370
8.Proton Satria Neo 359
9.Proton Waja 356
10.Proton Gen.2 165

Untuk kategori bukan nasional pula, Toyota Vios masih lagi mengekalkan kedudukan teratas dengan jualan 2531 unit diikuti oleh Honda City yang mengekori rapat dengan 1937 unit. Apa yang agak luar biasa ialah jualan Honda Civic yang terjual sebanyak 1748 unit berbanding hanya 542 unit sahaja pada bulan 12 2010. Apakah selepas pendedahan gambar model gantian Honda Civic dikeluarkan oleh pihak Honda, pihak yang sedang tunggu dan lihat terus membeli Civic sekarang kerana mungkin model sekarang lebih cantik dari yang baru.

Kedudukan 10 teratas kategori bukan nasional.

1.Toyota Vios 2531
2.Honda City 1938
3.Honda Civic 1748
4.Toyota Hilux 1637
5.Nissan Teana 1394
6.Nissan Grand Livina 902
7.Mitsubishi Triton 675
8.Toyota Avanza 595
9.Hyundai Sonata 532
10.Isuzu D-Max 491

*Statistik dari Malaysian Automotive Association

Komen admin:Model gantian Perodua Myvi sudah hampir untuk dilancarkan namun lihat lah statistik jualannya ketika ini. Apakah Perodua perlu melancarkan model gantian Myvi dalam masa terdekat?

Apa pun model gantian Myvi (gambar atas) mempunyai rekaan styling yang lebih menarik ala-ala Volkswagen Golf dan jika mengikut aliran arus semasa, Myvi bakal meneruskan penguasaan sebagai kereta No.1 Malaysia.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!