Latest

Gambar Lakaran Model Gantian CRV 2012

Honda CRV generasi ke 3 sudahpun masuk tahun kelima semenjak pelancarannya pada tahun 2007. Mengikut kebiasaan pengeluar Jepun, lifecyle sesebuah model adalah 5 tahun sebelum digantikan dengan model baru. Gambar di atas menunjukkan gambaran artis mengenai model gantian CRV yang mungkin akan dilancarkan pada tahun 2012. Jika dilihat rekaannya masih mengekalkan bentuk side profile generasi kini ditambah lengkuk pada panel body untuk kelihatan lebih bold. Jika dilihat, side profilenya ada juga mirip Kia Sorento, pendahulu pasaran SUV ketika ini.

Sementara itu bahagian interiornya pula amat menyerupai model generasi kini Honda Inspire (Accord di Malaysia) dan roda stereng yang menyerupai generasi Civic kesembilan. Ketika ini model CRV hanya ditawarkan dengan enjin bersesaran 2.0liter dipadankan dengan kotak gear automatik 5 kelajuan. Walaubagaimanapun, untuk model gantian CRV ini, belum ada informasi mengenai powertrain yang bakal digunkannya.

Related Posts with Thumbnails

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
Scroll To Top