Volkswagen

Gambar Rasmi Volkswagen Beetle 2012

April 18, 2011

Volkswagen telah mengeluarkan foto studio rasmi model gantian Beetle 2012 yang akan dilancarkan di Pameran Motor Shanghai pada hujung bulan ini. Volkswagen sememangya pendahulu dalam jualan kereta di China dan pelancaran model gantian Beetle ini bakal merancakkan lagi prestasi jualan mereka di China. Menurut sumber, model Beetle ini mempunyai saiz yang lebih besar atau dipanggil serangga yang membersar oleh para jurnalis automotif dan juga didatangkan dengan 2 pilihan enjin iaitu petrol dan diesel. Sila teruskan bacaan untuk lebih info dan gambar model gantian Beetle ini.


Rekaan dalamannya, seperti model Volkswagen yang lain tidaklah begitu hebat namun cukup dengan elemen fitting yang kukuh dan ergonomik. 3 meter di tengah dashboard juga menunjukkan betapa seriusnya model Beetle ini menghasilkan kuasa prestasi tinggi. Juga terdapat sistem paparan visual integrasi dengan head unit mungkin untuk sistem navigasi dan menu sesentuh.

Pembeli di US mungkin mempunyai pilihan untuk 2 varian enjin iaitu 1.6liter TDI untuk diesel, 2.5liter 5 silinder dan 2.0Tsi yang menjana 200hp. Di Asia mungkin hanya 1 varian iaitu enjin petrol turbocharged sahaja ditawarkan iaitu enjin 1.4 dan 2.0liter Tsi 4 silinder. Model ini pastinya akan dijual di negara sebagai sebagai produk unik dan harganya pasti berbaloi dengan teknologi, gaya serta kecekapan petrol yang ditawarkannya.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!