Proton

Gambar Spy Shots Proton Exora Turbo Di RNR Seremban

April 3, 2011

Proton Exora turbo ditemui lagi kali ini di kawasan hentian rehat dan rawat Seremban menghala ke Kuala Lumpur. Nampak jurutera Proton sedang bertungkus lumus menyiapkan projek Exora turbo sampai terpaksa bekerja pada hari Ahad. Jika kita lihat dari gambar spy shots di atas, jelas ianya adalah Exora turbo dengan tambahan rongga pengudaraan dipercayai untuk sistem penyejukan enjin turbochargednya. Grill hadapannya juga mendapat perubahan dengan penambahan garisan melintang berbeza dengan gril korporat Proton untuk model sekarang. Sila teruskan bacaan untuk lebih informasi dan gambar spy shots terbaru Exora turbo ini.


Perubahan pada luarannya jelas ketara pada bumper hadapan dan skirting belakang manakala side skirt menggunakan skirting yang sama dengan model MC. Jika perhatikan, pada bahagian tailgate di kawasan licence plate ade kelihatan satu komponen seperti kamera undur belakang. Mungkin Exora Turbo ini akan mempunyai aksesori lebih menarik berbanding sekarang. Apa yang menjadi persoalan ialah harga jualannya nanti. Menurut sumber Proton, Exora ini akan menggunakan enjin turbocharged Campro CFE 1.6liter yang menghasilkan kuasa kuda sebanyak 138hp dan tork sebanyak 205Nm pada 2000rpm. Ia dipadankan dengan kotak gear CVT dari punch motive dan akan dilancarkan sebelum hari raya aidilfitri ini.

Komen admin:
Memang admin teruja dengan Exora turbo ini kerana admin memang ada rancangan untuk memilikinya. Walaupun admin masih belum memerlukan MPV ketika ini namun sebagai kenderaan pelbagai guna, admin boleh gunakannya untuk mengangkut barang jika admin ingin berniaga. Apa pun pasti menarik kerana kemunculan Exora turbo ini bakal meletakkan Proton sebaris dengan pengeluar ternama lain kerana sudah menggunakan enjin turbocharged, VVT dan kotak gear CVT.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!