Honda

Honda Civic Dilancarkan Di Pameran Auto New York

April 21, 2011

Honda Civic 2012 telah pun secara rasminya dilancarkan di pameran auto New York yang sedang berlangsung sekarang. Admin memang amat meminati model Civic kerana ianya mempunyai rekaan yang menawan dan sporty. Kini generasi kesembilan telah pun dilancarkan dan seperti gambar di atas, rekaannya tidaklah begitu berbeza dengan generasi kelapan dari segi side profile tetapi berbeza pada bahagian belakang dan hadapan. Paling menyerlah adalah rekaan lampu belakangnya yang begitu sporty. Walaubagaimanapun, ramai yang mengatakan rekaan hadapannya kurang menarik berbanding model generasi kelapan yang berkonsepkan wide body.

Rekaan dalamannya pula masih lagi mengekalkan ciri-ciri rekaan generasi kelapan namun kali ini lebih kemas lagi. Konsep instrument panel double deck ini juga merupakan key selling point untuk Honda Civic. Dek paparan pelbagai fungsi mempunyai saiz lebih besar dengan kebolehan memaparkan pelbagai maklumat. Front pillarnya menjadi lebih kecil manakala corner glass menjadi lebih besar. Kombinasi rekaan ini adalah untuk mengurangkan kawasan titik buta kepada pemandu. Sila teruskan bacaan untuk lebih info dan galeri gambar hi-res.


Civic masih lagi menggunakan kotak gear 5 kelajuan automatik pada model standard, 6 manual untuk Civic coupe Si dan CVT untuk model hibrid. Belum pasti Civic ini bila akan dilancarkan di negara kita tepat seperti yang dijanjikan kerana masalah kekurangan komponen kritikal.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!