News

Jualan Kereta Bulan Mac 2011 Catat Rekod

April 26, 2011

Jualan kereta bulan Mac mencatat jumlah peningkatan tertinggi iaitu 12.7% berbanding tahun lepas kepada 63265unit. Perodua Myvi masih lagi memegang kedudukan teratas diikuti oleh Proton Saga. Ini menunjukkan indikasi pemulihan ekonomi namun jumlah ini bakal berkurang apabila kesan tsunami yang melanda Jepun mula melanda industri automotif tempatan terutamanya Perodua dan Proton. Sesetengah pengeluar sudah mula mengurangkan pengeluaran atas kekurangan komponen kritikal seperti ECU, enjin dan kotak gear.

10 kedudukan teratas kategori nasional 2011

1. Perodua Myvi – 8593
2. Proton Saga – 8013
3.Perodua Viva – 6034
4. Proton Persona – 5029
5. Perodua Alza – 3321
6. Proton Exora – 2227
7. Proton Inspira – 1100
8. Proton Waja – 401
9. Proton Satria Neo – 378
10. Proton Gen-2 – 202

Sementara itu bagi kategori bukan nasional pula menunjukkan Toyota Vios masih lagi kekal sebagai peneraju pasaran diikuti oleh model pikap popular iaitu Toyota Hilux. Model hibrid terlaris ialah Honda Insight yang diimport sepenuhnya dari Jepun. Honda dikatakan mempunyai backlog tempahan sebanyak 4000unit untuk model ini dan ianya menunjukkan keinginan pembeli tempatan untuk kereta yang menjimatkan minyak.

10 kedudukan teratas kategori bukan nasional 2011

1. Toyota Vios – 2849
2. Toyota Hilux – 2201
3. Honda City – 1775
4. Nissan Grand Livina – 1378
5. Mitsubishi Triton – 1112
6. Toyota Camry – 917
7. Honda Insight – 896
8. Honda Civic – 787
9. Toyota Corolla Altis – 772
10. Toyota Avanza – 701

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!