News

Kerajaan Tangguh Pelaksanaan Larangan Kereta Lama

April 27, 2011

Kerajaan mengambil keputusan untuk menangguhkan pelaksanaan larangan kereta yang melebihi usia 15 tahun daripada berada di jalan raya menurut laporan star-motoring. Menurut timbalan menteri pengangkutan Jelaing Mersat, kerajaan belum mempunyai mekanisma bagaimana ianya boleh dilaksanakan. Walaupun penggunaan kereta melebihi dibenar berada di atas jalan, polis dan JPJ diminta untuk memastikan kenderaan tersebut benar-benar selamat.

Komen admin: Penangguhan ini dialu-alukan kerana kebanyakan rakyat Malaysia masih hidup dalam kemiskinan dengan purata pendapatan yang rendah. Jika ini dilaksanakan, pasti rakyat akan merana kerana akan terus-menerus dibebani hutang kerana semua sudah maklum bahawa harga kereta di Malaysia adalah antara tertinggi di dunia terima kasih kepada struktur cukai kerajaan yang rumit.

Jika kita ambil contoh di negara Jepun, ianya juga tidak melaksanakan sistem scrap seperti Malaysia namun kenderaan perlulah melepasi pemeriksaan keselamatan wajib setiap 2 tahun sekali. Pemeriksaan wajib itu dipanggil ‘Shaken’ atau bahasa Melayunya adalah pemeriksaan kereta. Jika lulus, shaken akan sah sehingga 2 tahun dan apabila tamat, kereta tersebut haruslah mengambil ‘shaken’ semula. Kos ‘Shaken’ adalah termasuk dengan cukai jalan. Sistem ‘shaken’ ini lebih baik kerana apabila sahaja memperbaharui cukai jalan, kereta anda juga selamat digunakan untuk 2 tahun.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!