News

Minyak Petrol RON97 Naik Lagi 20Sen

April 2, 2011

Minak petrol gred RON97 naik lagi 20sen tengah malam tadi menjadi RM2.70 seliter menurut sumber Malaysiakini. Kenaikan itu adalah disebabkan harga minyak mentah yang tinggi pada paras 105dollar setong berikutan krisis di timur tengah. Ini adalah kali kelima petrol gred ini dinaikkan semenjak harganya di apungkan dan kali kedua untuk tahun ini.

Komen admin:
Pengguna motokar sekali lagi dibebankan dengan kenaikan harga bahan api. Sebelum ini seperti yang kita tahu, duti yang tinggi untuk kereta dan komponen telah dikenakan kerajaan kepada pengguna motokar. Apa pun kenaikan harga bahan api memang tidak dapat dielakkan kerana permintaan melebihi pengeluaran namun sekurang-kurang pengeluaran minyak mentah Petronas boleh digunakan untuk pasaran domestik untuk mengurangkan import bahan itu.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!