Nissan

Nissan Tiida/Latio Sports Dilancarkan Di China

April 19, 2011

Nissan Tiida atau Latio Sports telah dilancarkan di Pameran Motor Shanghai. Sebelum ini kita pernah lihat beberapa gambar spy shots model ini di China dan kini ianya telah dilancarkan secara rasmi. Dari segi luaran, model ini mempunyai rekaan menyerupai beberapa model Nissan lain seperti model electrik Leaf dan SUV Murano pada bahagian belakang.

Saiznya juga dikatakan lebih besar dari model sekarang (walaupun admin rasa model sekarang sudah mempunyai ruang yang cukup besar dan luas) pastinya menambah lagi keselesaan kepada mereka yang sudah berkeluarga dan inginkan pemanduan bergaya. Enjinnya pula masih mengekalkan HR16DE sama seperti model sedia ada tetapi Nissan menambah baik bahagian kotak gear dengan memperkenalkan kotak gear Xtronic CVTnya pada model entri level mereka ini. Menurut sumber juga, model tertinggi akan menggunakan enjin turbocharged 1.6liter yang menghasilkan kuasa kuda sebanyak 160Nm dan 240Nm tork. Ia bakal mencabar kedudukan model hatch popular Eropah iaitu Golf Tsi dan juga Peugeot 308 turbo.

Rekaan dalamannya juga lebih moden dan upmarket dengan pengenalan tuil gear berkemasan chrome dan lengkuk yang lebih menarik. Walaupun masih ringkas, tetapi kemasan keseluruhan tetap menarik. Model ini bakal dijual oleh ETCM tetapi belum pasti adakah varian turbo 1.6liter akan dibawa masuk atau tidak.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!