Peugeot

Peugeot Akan Lancar Model 508 Di Pameran Auto Shanghai

April 12, 2011

Peugeot dijangka melancarkan model flagship terbaru mereka iaitu model 508 yang akan menggantikan model 407 di pameran motor Shanghai hujung bulan ini. Rekaan model 508 ini amat menarik dan bersih. Ianya juga lebih seimbang atau proportionate dari bahagian depan, sisi dan juga belakang berbanding model yang akan digantikannya sekarang. Corner glass juga ditambah untuk mengurangkan titik buta ketika membelok. Model ini akan menggunakan enjin 1.6 liter twin scroll turbo dari keluarga enjin Prince yang juga dikongsi pakai oleh model Peugeot yang lain seperti 308, 3008, 5008 dan juga pada Mini Cooper menghasilkan torque sehingga 240Nm seawal 1500rpm. Tork yang tinggi bermakna pemanduan henti-jalan dalam bandar menjadi lebih mudah dan menjimatkan petrol.


Kumpulan Naza juga sebelum ini telah dipetik akan memasang model ini di kilang mereka di Kedah untuk pasaran tempatan dan juga eksport. Peugeot juga dijangka akan menambah pelaburan mereka di Malaysia dengan keinginan mereka untuk membuka kilang pemasangan mereka sendiri di Melaka. Apa pun model ini pasti menarik. Walaupun begitu, admin rasa Peugeot perlulah lebih mesra pengguna dengan menambah silinder dan handle unlock pada trunk lid.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!