Proton

Proton Guna Supercharger ATG Untuk Satria Neo

April 30, 2011

Syarikat ATG dari Australia dilaporkan oleh Businessnews telah mendapat kontrak untuk membekalkan unit supercharger kepada Proton untuk digunakan pada model Satria Neo. Sebelum ini Proton ada mempertunjukkan model Satria Neo Supercharged sempena perlumbaan Formula 1 Malaysia bulan lepas dengan warna tema pasukan Lotus Renault GP. Menurut sumber itu, jumlah kontrak adalah bernilai AUD600,000 dengan penghantaran sebanyak 50unit setiap minggu bermula bulan Oktober depan. Jangkaan seunit superchager ini adalah berharga AUD1,200 bersamaan RM3,800.

Dengan ini kita dapat mengetahui yang Proton akan mengeluarkan Satria Neo Supercharged terhad kepada 500unit bermula Oktober depan. Menurut fakta sebelum ini, Proton Satria Neo R3 Supercharged menghasilkan kuasa sebanyak 180hp dan 200Nm tork, satu kuasa yang cukup hebat untuk kereta sekecil Neo. Apa yang menjadi persoalan adalah harga yang bakal ditawarkan kerana Satria Neo R3 dengan enjin CPS yang ditala sahaja sudah berharga RM79,000. Enjin dengan unit supercharger, seperti juga turbocharger pastinya memerlukan komponen yang lebih kuat untuk reliabiliti akibat kuasa yang dijana oleh supercharger atau turbocharger. Dimensi kelegaan (dimensional tolerance) juga perlu lebih kecil dan proses forging juga berbeza.

Supercharger adalah sejenis pemampat udara atau air compressor yang digunakan dalam enjin kebuk pembakaran dalaman untuk menghasilkan lebih kuasa pada suatu enjin beraspirasi normal. Pertambahan aliran udara (yang dimampat oleh Supercharger) membenarkan lebih petrol untuk dibakar menghasilkan pertambahan kerja yang dilakukan dalam satu cycle dan seterusnya menambah kuasa yang dikeluarkan oleh enjin. Supercharger dikatakan lebih efisien dari turbocharger kerana ianya beroperasi selari dengan enjin rpm manakala turbocharger hanya mula beroperasi pada rpm tertentu mengakibatkan fenomena ‘power lag’.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!