Proton

Proton Jamin Power Window Tidak Rosak, Beri Life Time Warranty

April 23, 2011

Proton Holdings Berhad hari ini dipetik thestar akan memberi life time warranty* untuk power window bagi semua kereta keluarannya. Menurut pengarah urusannya Dato’ Syed Zainal Abidin, semua model baru kereta Proton sekarang tiada masalah power window tetapi igauan masalah tersebut masih lagi menghantui masyarakat. Oleh itu untuk membuang persepsi itu, Proton akan memberikan life time warranty untuk kereta keluarannya bagi memberikan perasaan peace of mind kepada pembeli.


Syed Zainal sendiri pernah berdepan situasi persepsi mengenai power window Proton ketika beliau menaiki teksi Limo KLIA model Waja. Sampai di plaza tol, pemandu teksi itu membuka pintu untuk membayar tol. Syed Zainal bertanya kepada adakah tingkap Waja beliau rosak? Pemandu itu menjawab ia tidak rosak tetapi beliau mendengar dari rakan-rakan jika ianya banyak lagi digunakan ianya akan cepat rosak. Begitulah persepsi masyarakat terhadap kereta Proton. Kebetulan isteri Syed Zainal yang berada di sebelah mentertawakan kecil Syed Zainal. Ini adalah titik tolak untuk mendidik semula tanggapan masyarakat mengenai power window Proton.

Komen admin: Admin juga sudah beberapa kali mengalami kerosakan power window kereta Proton admin. Apa yang admin rasa, ianya adalah disebabkan oleh reliability komponen yang membentuk sistem power window. Sukar untuk dipastikan ianya adalah salah pihak Proton atau vendor mereka. Namun apa yang penting mereka perlu bekerjasama untuk memantau reliability komponen sebelum dipasang pada kereta. Jaminan life time warranty ini adalah tindakan yanb baik dari pihak Proton tetapi pastinya ianya tidak datang dengan percuma. Pasti ada terma dan syarat yang harus dipatuhi agar waranti tidak menjadi tidak sah.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!