Proton

Proton Menang Pusingan Pertama Rali APRC

April 4, 2011

Pasukan Rali Proton R3 telah memenangi pusingan pertama kejohanan rali asia pasifik atau APRC yang berlangsung di Johor pada 1 hingga 3 April lepas dengan mendapat kedudukan pertama dan ketiga. Kereta yang dipandu oleh Chris Atkinson telah mendapat tempat pertama mengalahkan Mitsubishi Evolution X dari pasukan MRF. Seorang lagi pemandu Proton, Alistair McRae berjaya mengatasi masalah overheating pada permulaan perlumbaan untuk mendapat tempat ketiga seterusnya menobatkan keputusan yang baik untuk pasukan Proton. Pusingan seterusnya adalah di Queensland, Australia. APRC ini akan berlangsung sebanyak 6 pusingan bermula di Malaysia, Australia, France, New Zealand, Japan dan China. Semoga pasukan Proton akan mencatatkan keputusan lebih gemilang. Proton boleh!.

Sumber: APRC

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!