Subaru

Subaru Impreza Baru Dilancarkan Di New York

April 24, 2011

Kotaraya New York telah menjadi pilihan pengeluar kereta Jepun iaitu Subaru untuk membuatkan kemunculan perdana dunia model gantian Subaru mereka. Terdapat 2 varian dilancarkan iaitu model 5 pintu hacthback dan 4 pintu sedan. Menurut Subaru juga, model ini mempunyai kecekapan petrol yang lebih baik disebalik mengekalkan saiz yang sama.

Wheel basenya ditambah 25mm dan front pillarnya dianjak 200mm untuk penambahan corner glass. Hasilnya, ia menambah ruang untuk bahu dan lutut serta menambah daya pandangan. Subaru juga menambah ruang boot Impreza model baru ini boleh menempatkan 4 set golf sementara 3 untuk versi hatchback.


Enjin pula menggunakan enjin 2.0liter Boxter generasi ketiga dipadankan dengan kotak gear manual 5 kelajuan atau Lineartronic CVT. Enjin ini mengasilkan kuasa 148hp dan 197Nm tork sedikit kurang berbanding enjin 2.5liter sebelum ini namun ianya berjaya memperbaiki kecekapan petrol pada 6.5liter/100km, terbaik dalam kelas kereta pacuan 4 roda. Sistem all wheel drive (AWD) juga menambah cengkaman dan kawalan.

Secara keseluruhannya, rekaan Impreza baru ini amat menyerupai styling abangnya iaitu Legacy. Admin sebenarnya meminati rekaan sebegini dan pujian patut diberikan kepada pereka-pereka Jepun kerana memberi styling yang menarik tanpa mengkompromi ruang dan keselesaan. Mungkin dalam masa terdekat kita akan dapat saksikan Versi STi untuk model gantian Impreza ini.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!