Uncategorized

Apakah Nombor Plat Yang Sesuai Untuk Selepas WYY 9999?

May 5, 2011

Pastinya anda tertanya-tanya apakah akan berlaku kepada nombor pendaftaran untuk wilayah persekutuan Kuala Lumpur selepas WYY 9999? Mungkinkah W 9999 A? Atau WA 9999 A? Apa pun ianya ada kemungkinan menjadi begitu. Namun apa yang admin kesalkan adalah nombor pendaftaran di negara di pandang ringan dan mudah sahaja disalahguna. Pengeluaran plat nombor juga tidak dikawal dengan menyebabkan banyak kes kereta menipu nombor pendaftaran menyebabkan banyak pihak yang tidak bersalah teraniaya.

Kita ambil contoh pengurusan nombor pendaftaran di negara Jepun, pengeluar kereta terbesar di dunia ketika ini. Seperti gambar di atas, pengeluaran nombor pendaftaran adalah berdasarkan bandar tempat tinggal pemilik dan bukannya negeri. Ini bertujuan memudahkan pihak berkuasa untuk menyiasat jika ada perkara yang tidak diingini seperti kecurian dan sebagainya kerana ianya dalam berada dalam lingkungan yang kecil dan tahu dari bandar mana kereta tersebut berasal. Dan yang paling penting, plat nombor ini hanya dikeluarkan oleh pihak polis sahaja dan tidak terdapat di kedai biasa seperti di negara kita. Dibuat dari kepingan besi nipis. Ini bertujuan untuk menghapuskan penggunaan nombor pendaftaran palsu seperti yang berleluasa di negara kita.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!