Proton

Enjin Baru Proton Pada 2015, Model Gantian Persona Pada 2012

May 29, 2011

PROTON dilaporkan oleh TheStar dipetik berkata akan menggantikan enjin Campro sedia ada dengan enjin baru pada 2015 untuk melepasi piawaian pelepasan karbon yang baru. Enjin yang disebutkan adalah enjin Family Y yang mempunyai range dari 1.2liter, 1.5 hingga 1.8liter NA dan Turbo. Menurut beberapa sumber, enjin family Y lebih ringan kerana menggunakan blok aluminium juga menjimatkan minyak.

Juga dilaporkan mengenai mereka sekarang dalam peringkat perbincangan terakhir mengenai perkongsian teknologi dan platform untuk kereta kecil kompak hasil kerjasama Proton dengan anak syarikat mereka iaitu Lotus Group. Berkemungkinan Nissan akan menjadi rakan teknologi dalam pembangunan kereta kecil itu.

Proton juga dipetik akan melancarkan model gantian Persona atau Persona R pada bulan 3 tahun 2012 berkemungkinan membuat kemunculan perdana dunianya di Pameran Motor Geneva. Apakah ianya bakal menjadi titik pusingan bagi Proton untuk menjadi pengeluar global?

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!