Recall news, Uncategorized

GM Panggil Balik Model Cruze di US

May 9, 2011

General Motors (GM) memanggil balik semula 154,112 unit model Cruze selepas siasatan yang dilakukan ke atas 2100 unit model yang dipercayai mempunyai potensi masalah stereng tercabut seperti yang admin nyatakan dalam entri lepas. Sebabnya ialah GM atau pihak Chevrolet mahu memeriksa masalah pada stereng shaft samada ianya dipasang secara betul atau tidak. Tetapi GM tidak berkata yang panggilan balik semula ini ada berkait dengan panggilan balik semula yang pertama lepas tetapi mereka mahu menggunakan panggilan balik semula kali ini untuk memeriksa masalah kotak gear pada komponen penyambung penukaran gear samada ianya dipasang secara betul atau tidak. Mungkin ianya berkait rapat dengan masalah stereng sebelum ini. Model Cruze di negara kita mungkin tidak terlibat kerana ianya dipasang di negara kita.

Sumber: Carscoop

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!