Uncategorized

Harga Petrol RON95 Akan Naik 20sen Bulan Depan?

May 24, 2011

Harga minyak petrol gred RON95 dijangka naik 20sen bulan depan apabila ‘rasionalisasi’ subsidi dikaji semula berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia. Ini adalah berdasarkan kajian pihak AmResearch yang dipetik dalam berita themalaysianinsider. Kerajaan tidak mampu lagi untuk memberikan subsidi yang semakin meningkat justeru tiada jalan lain selain meningkatkan harga bahan bakar terpenting itu.

Komen admin: Sakit hati betul dengar cerita subsidi ini. Sebab apa? Kerana Malaysia sepatutnya memperoleh pendapatan lebih lumayan apabila minyak mentah dunia naik kerana Petronas juga untung selari dengan kenaikan harga minyak. Bagi admin, kerajaan sepatutnya memansuhkan subsidi bahan bakar dan mengurangkan cukai harga kenderaan yang ketika ini antara paling tinggi di dunia. Sebagai contoh harga kereta di Thailand untuk Vios adalah RM52000 berbanding RM90000 di negara kita. Minyak di Thailand adalah RM3.75. Ansuran bulanan kereta pula jika dikira pada d.p RM10k, biaya 3%p.a untuk 9 tahun adalah RM493 manakala ansuran kereta yang sama di Malaysia adalah RM940. Ini bermakna rakyat Thailand mempunyai ekstra RM447 sebulan untuk membeli minyak berbanding rakyat Malaysia. Bagi admin, admin memilih option harga kereta rendah dan minyak mahal kerana jika minyak mahal admin masih lagi boleh berjimat dengan merancang perjalanan yang perlu sahaja dan yang penting mempunyai duit lebih sebanyak RM447. Tolonglah kerajaan pikirkan benda camni.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!