Honda

Honda CR-Z Versi Mugen

May 18, 2011

Honda Motor mengumumkan untuk mengeluarkan model CR-Z hibrid berprestasi tinggi sesuai dengan rupa dan gayanya yang sporty. Mereka bekerjasama dengan rakan tuning mereka iaitu Mugen Euro untuk menghasilkan model berprestasi tinggi tersebut. Menurut syarikat Jepun itu juga, pembangunan model hibrid berprestasi tinggi itu sedang berjalan dan nampak ianya berjaya berdasarkan beberapa siri ujian.

Menurut Honda, walaupun ianya hanya menggunakan enjin 1.5liter i-VTEC hibrid dengan IMA, ianya dikatakan sudah mengatasi kuasa enjin K20A yang dipasang pada Civic type R. Mereka juga menyatakan bahawa walaupun ianya berprestasi tinggi, ia masih mengekalkan penjimatan minyak seperti kereta biasa.

Honda CR-Z memang menarik dan sporty dari segi rekaan ditambah dengan teknologi hibrid yang menjimatkan menggondol anugerah Japan Car of The Year pada tahun 2010. Belum dapat dipastikan samada Honda Malaysia akan mengimportnya atau tidak ke negara kita.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!