Hyundai

Hyundai i40 Dilancarkan di Barcelona

May 14, 2011

Hyundai Motor telah melancarkan model i40 di Barcelona Motor Show. Model ini adalah lebih kecil sedikit dari model i45 (Sonata) dan lebih besar dari Hyundai Elantra. Model ini dibangukan di pusat penyelidikan Hyundai di Eropah yang terletak Russelheim, Jerman.

Walaupun ianya direka di Eropah, masih banyak gaya bahasa rekaan Hyundai Sonata yang mempengaruhi rekaan i40 ini. Side panel dan boot lid juga menyerupai Kia Optima atau K7. Model ini juga akan mempunyai varian wagon yang disukai oleh orang Eropah.

Menurut info, model ini akan dipacu oleh enjin diesel 1.7liter menghasilkan kuasa 113hp dan dua varian enjin petrol 1.6 dan 2.0 yang menghasilkan kuasa 133hp dan 175hp. kotak gearnya pula menggunakan kotak gear manual 6 kelajuan dan automatik 6 kelajuan.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!