News

Menteri: Rakyat Perlu Bersedia Kenaikan Minyak RON95

May 16, 2011

Menurut menteri KPDNKK Dato Ismail Sabri, rakyat harus bersedia untuk hadapi kenaikan minyak petrol RON95 tidak lama lagi apabila kerajaan ‘melaraskan’subsidi untuk petrol gred itu pada bulan depan. Sebabnya tidak dinyatakan namun pasti ianya akibat kenaikan harga minyak dunia ketika ini. Jika benar, pastilah pengguna akan lebih terbeban ditambah dengan kenaikan kadar biaya oleh bank pusat baru-baru ini.

Inilah keadaannya di Malaysia. Rakyat makin terbeban hari demi hari. Bagi admin, bukan hanya rakyat sahaja yang perlu bersedia namun kerajaan juga perlulah menyediakan fasiliti awam seperti jaringan LRT yang luas supaya rakyat kurang bergantung kepada penggunaan minyak yang semakin mahal. Sebelum ini mereka kata penjimatan 4 billion ringgit masa zaman Pak Lah dulu mahu bina kemudahan seperti LRT namun tidak menjadi kenyataan.

Bagi admin, subsidi yang dijimatkan perlulah disalurkan kepada pembangunan teknologi hibrid dan elektrik untuk kereta buatan Malaysia. Teknologi seperti ‘start stop’ dan motor cruising dapat menjimatkan minyak. Teknologi ini dipelopori oleh Toyota dan Honda seperti Prius atau Insight. Dengan ini rakyat masih mempunyai pilihan untuk berjimat dikala harga minyak melambung tinggi. Ini baru dikatakan kerajaan juga bersedia dan tidak hanya mengatakan rakyat sahaja yang perlu bersedia.

Apapun admin masih berharap agar kerajaan dapat membantu rakyat dengan menggunakan keuntungan Petronas yang meningkat sejajar dengan kenaikan harga minyak dunia. Ataupun setidaknya menurunkan cukai kereta agar rakyat dapat akses kepada kereta yang lebih ekonomi dari segi penggunaan minyak.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!