Peugeot

Peugeot 207 Facelift Ditemui Di China

May 10, 2011

Peugeot 207 facelift telah dijumpai di China. Hendak dikata facelift pun segan kerana apa yang facelift cumalah warna grill sahaja untuk bahagian depan dan belakang nampak macam tiada perubahan. Jika sebelum ini bahagian grill tidak dicat tapi kini ianya dicat dengan warna badan. Menurut sumber juga, interior ada sedikit perubahan namun di bahagian powertrain masih menggunakan enjin 1.4 dan 1.5 liter dipadankan dengan kotak gear 5 kelajuan manual atau 4 kelajuan automatik.

Di negara kita, model 207 dipasang secara CKD oleh Naza di Gurun untuk pasaran domestik dan juga eksport. Naza juga dikatakan akan memasang model flagship terbaru Peugeot iaitu model 508. Peugeot juga merancang untuk membuka kilang pemasangannya sendiri di Jasin Melaka. Model 207 ini menawarkan pemanduan Eropah pada harga yang berpatutan namun stylingnya agak sedikit ketinggalan berbanding model pesaing mereka seperti Toyota Vios, Honda City dan juga Kia Forte.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!