Proton kini sedang mengadakan promosi untuk model Inspira 1.8l dengan 3 tahun servis percuma dan kadar pembiayaan serendah 2.33%. Promo ini mungkin diadakan untuk menggalakkan jualan model 1.8l yang mana admin percaya teramat kurang berbanding model 2.0liter. Dengan kadar pembiayaan yang rendah, inilah masanya untuk bakal pembeli membuat tempahan untuk mengurangkan bayaran bulanan. Kadar biasa ialah 3.75% hingga 3.9%. Tawaran sah dari 22 April hingga 25 Mei sahaja. Segeralah ke bilik pamera Proton sekarang.