News

Proton Ketuai Delegasi Pameran Malaysia Ke Jepun

May 17, 2011

Proton akan mengetuai delegasi pameran pembuat komponen automotif Malaysia ke Pameran Industri Automotif Malaysia di Yokohama, Jepun. Pameran ini adalah bersempena dengan pameran Automotive Engineering Exposition yang dianjurkan oleh Persatuan Jurutera Automotif Jepun. Pegawai kanan Proton menyatakan mereka akan mempamerkan model konsep Tuah pada pameran kali ini. Syarikat yang bersama kali ini adalah Masasinar Holdings Sdn Bhd, DreamEDGE Sdn Bhd, Proreka(M) Sdn Bhd, Power Steel & Electro-Plating Works Sdn Bhd, Kumpulan JEBCO (M) Sdn Bhd Weng Zheng Sdn Bhd, Sapura Industrial Sdn Bhd, Malaysia Consortium of Rubber Products Sdn Bhd, DK Leather Seats Sdn Bhd, dan Syarikat Metal Industries of Malaysia Sdn Bhd.

Tahun ini adalah tahun kelima pameran ini diadakan. Ianya berjaya menarik sehingga 70ribu pengunjung. Ianya diadakan bertujuan untuk memperkukuhkan lagi hubungan antara pembuat komponen automotif Malaysia dan juga Jepun. Bagi admin, ianya adalah peluang baik bagi Proton dan pemain industri yang lain untuk mendapat liputan yang baik dari Jepun seterusnya boleh mempertingkatkan imej Proton di peringkat global. Namun begitu, kawalan kualiti dari peringkat akar umbi lebih penting dari publisiti jenama.

Sumber: star-motoring

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!