Proton telah melancarkan model Saga FL 1.6liter dilancarkan hari ini dengan harga RM46549.00. Saga 1.6liter ini hanya mempunyai varian kotak gear automatik 4 kelajuan dan hanya warna putih solid sahaja. Tiada perubahan ketara dari segi luaran dengan rimnya menggunakan rim saga SE. Bahagian dalamannya juga tiada perubahan ketara. Kenaikan harga ini mungkin hanya pada perbezaan harga enjin sahaja. Bakal pembeli boleh membuat tempahan di bilik pameran Proton.