Proton

Proton Saga FL 1.6liter Akan Dilancarkan Esok

May 25, 2011

Proton bersiap sedia untuk melancarkan model Saga FL berkapasiti 1.6liter esok. Menurut sumber, model ini akan menggunakan enjin Campro 1.6liter IAFM. Tetapi bagaimana pula dengan nasib Persona? Pada pendapat admin, Persona akan menggunakan enjin Campro CPS selepas ini untuk memberikan pembeli pilihan. Jika tidak ia akan memakan pasaran sendiri. Belum dapat dipastikan samada ianya menggunakan kotak gear CVT atau tidak seperti yang terdapat dalam spy shots Saga FL phase 2 sebelum ini.

Pastinya Saga dengan enjin 1.6liter IAFM akan lebih bertenaga dan mempunyai daya pecutan lebih lancar namun rimnya menggunakan rim model Saga SE. Tak menariklah. Bagilah rim ‘multispoke’ macam Forte kan lawa. Ini juga menandakan Proton sudah bersiap sedia untuk mengeluarkan enjin Campro turbochargednya dengan ini pembeli akan diberi pilihan 3 varian enjin 1.6liter Proton. Bagi admin, ini satu strategi yang baik dari Proton dan diharap harga jualan untuk Saga 1.6liter ini tidak terlalu tinggi.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!