Proton

Proton Satria Neo S2000 VS Helikopter

May 14, 2011

Dalam satu event sebelum bermulanya rali APRC di Queensland, Australia, Proton telah membawakan satu pertandingan antara Satria Neo S2000 dengan sebuah helikopter bertujuaan untuk mengadakan kutipan amal untuk helikopter penyelamat yang bertungkus lumus membantu mangsa banjir tempohari. Helikopter itu juga akan menerbangkan sukarelawan untuk mengutip derma ketika rali berlangsung. Daripada 3 perlumbaan yang dijalankan, helikopter telah memenangi 2 daripadanya. Walaupun kalah, tujuan perlumbaan itu adalah untuk bersuka ria dan mengutip derma.

Tahun lepas, Proton mendominasi 15 dari 18 pusingan rali Queensland namun atas masalah di saat akhir mereka gagal menduduki podium. Menurut Chris Atkinson, S2000 lebih sesuai dengan keadaan jalan rali kali ini dan mereka mahu melakukannya sekali lagi selepas menduduki podium 1 dan 3 di pusingan pertama tempohari.

Sumber: Protonmotorsports

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!