Proton

Proton Tawar Persona Elegance Dengan Warna Solid White

May 29, 2011

Proton menambah varian warna kepada model popular mereka iaitu warna Solid White untuk Persona Elegance. Warna putih solid adalah antara warna yang popular di negara kita dengan hampir semua model yang dijual oleh semua pengeluar mempunyai warna solid white. Warna solid white juga adalah sinonim dengan warna perlumbaan dipadankan dengan warna rim gelap atau gun metallic. Solid white adalah berbeza dengan warna metallic kerana ia tidak memerlukan lapisan cat ‘clear’ atau pencerah kerana cat asasnya sudah mempunyai tahap ‘gloss’ atau pantulan sinar yang tinggi. Warna solid white juga lebih menampakkan rekabentuk lengkuk kereta yang kelihatan lebih kukuh. Model Persona Elegance solid white ini ditawarkan pada harga High Line (automatic): RM59,049,
Medium Line (automatic): RM55,549 dan Medium Line (manual): RM52,549.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!