Pasukan Proton yang mendahului pusingan pertama rali APRC Queensland terpaksa berpuashati pada kedudukan keempat keseluruhan selepas tidak bernasib baik pada hari terakhir namun Alistair McRae dan pembantu pemandu Bill Hayes berjaya mendapat tempat keempat. Kereta yang dipandu beliau mengalami kerosakan drive shaft dan jika ini dapat dielakkan, mereka berpotensi menjadi juara keseluruhan berbekalkan kelebihan 8 saat pada hari pertama. Kereta kedua yang dipandu Chris Atkinson pula terpaksa bersara awal apabila mengalami kerosakan sistem elektrik keretanya.
Sumber: motortrader