Perodua

Brochure, Spec List dan Harga Perodua Myvi Baru

June 9, 2011

Ini ada satu brochure untuk Myvi baru yang akan dilancarkan pada 16 Jun ini oleh PM kita di PWTC. Daripada brochurenya, nampak Myvi ini lebih moden dari model yang digantikannya dari segi aksesorinya. Lampu depan jenis projektor (tak payah susah tukar yang OEM), Stereng berkuasa elektrik, Side mirror auto retractable dengan side repeater dan touch screen GPS antara spesifikasi yang ditambah baik. Sistem penyejukan juga kawalan elektronik tanpa dial mekanikal seperti sebelum ini. Stereng kuasa elektrik atau EPS adalah yang pertama seumpamanya untuk kereta buatan Malaysia. Stereng jenis ini menggunakan sensor dan mempunyai keupayaan untuk mengawal stereng response pada kelajuan yang berbeza. Juga ianya mengurangkan kos penyelenggaraan kerana anda tidak perlu menambah minyak power stereng disamping tidak perlu menukar timing belt kerana enjin DVVT Myvi menggunakan sistem timing chain.

Interiornya juga menarik dengan penggunaan tuil gear automatik pasangan instrumen panel seperti Alza memberikan ruang yang lebih luas pada bahgaian konsol tengah. Meter combination juga direka lebih menarik seperti meter Lexus LF-A dengan paparan pelbagai fungsi ditengah meter kelajuan. Illuminasi juga menarik dan tidak menyakitkan mata pemandu.


Klik untuk besarkan imej

Mengenai harganya yang meningkat berbanding sebelum ini, bagi admin ianya adalah sesuai dengan pengenalan beberapa ciri dan spesifikasi baru pada Myvi ini. Kita harap pasukan PROTON juga bakal membuat kejutan dengan kemunculan model Exora turbo tidak lama lagi.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!