Nissan

Gambar Lakaran Model Gantian Nissan Teana

June 14, 2011

Nissan Teana akan menamatkan pusingan hidup atau life cycle 5 tahunnya tidak lama lagi dan pastinya model gantiannya sedang giat dibangunkan oleh pihak Nissan. Seperti gambar lakarannya artis yang bocor di atas, model gantian Teana mengaplikasi rekaan model kereta sport mereka iaitu model Fairlady Z terutamanya pada bahagian lampu depan dan side profile.

Nampak rekaan kali ini lebih padat dan ‘bold’ berbanding model sekarang yang lebih sederhana. dari beberapa sudut juga ada bayangan model Lexus. Apa pun jika benar, pasti menarik model gantian Teana nanti.

Walaupun model Teana baru dilancarkan oleh Nissan di negara kita, ianya sebenarnya sudah terlewat dua tahun lebih dari pelancaran di negara Jepun. Banyak juga model Teana ini di atas jalan di negara kita sejak dilancarkan membuktikan Nissan mempunyai pasarannya sendiri untuk model ini.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!