Honda

Honda Fit Shuttle Dilancarkan Di Jepun

June 19, 2011

Honda Fit Shuttle telah pun dilancarkan di Jepun selepas ditunda kerana kejadian tsunami yang melanda Jepun awal bulan 3 tempoh hari. Fit Shuttle secara adalah model Fit atau dikenali sebagai Jazz di negara kita dengan pertambahan panjang untuk bahagian bagasi. Model ini dilancarkan dalam 2 varian iaitu 1.5liter iVTEC dan 1.3liter hibrid dengan elektrik motor.

Honda Fit merupakan model terlaris Honda di Jepun ketika ini dan mungkin model Fit Shuttle ini mahu menumpang populariti model Fit untuk menambah jualan Honda yang kini jatuh ditangga kelima dari segi penguasaan pasaran. Apa pun model pasti tidak dibawa masuk oleh Honda Malaysia kerana faktor barisan model dan harga di negara kita. Honda Jazz dijual pada harga RM105K di sini.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!