Kia

Kia Sportage Dilancarkan Di Malaysia

June 22, 2011

Kia Motors melalui NazaKia telah melancarkan model SUV kompak Sportage di Malaysia pada harga jualan RM138,888. Model ini merupakan model kedua terlaris pengeluar itu diluar pasaran Korea selepas model SUV besar mereka iaitu Sorento.

Rekaan luarannya cukup menarik menyerupai rekaan model popular Volkswagen iaitu Tiguan, terima kasih kepada ketua jurureka baru mereka iaitu Peter Schreyer. Antara aksesorinya adalah rim 18 inci dan LED Daytime Running Light.

Aksesori dalaman pula termasuklah stereng balutan kulit dan gear knob, push start ignition button, kerusi kulit, Sistem penyejukan dwi zon, glove box dengan penyejuk dan seat hadapan pemandu kawalan elektronic. Aksesori lain adalah USB, Bluetooth dan penukar CD dan fungsi ipod.

Model ini dipacu oleh enjin theta 2.0 dengan teknologi CVVT menghasilkan kuasa kuda sebanyak 166Ps dan torque sebanyak 197Nm dipadankan dengan kotak gear 6 kelajuan.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!