Perodua

Lagi Gambar Myvi Baru, Pelancaran Rasmi 16 Jun Ini

June 2, 2011

Beberapa lagi gambar Myvi dari sumber blog funtastickodesign. Dari segi rekaan hadapannya nampak seperti Toyota IQ dan lebih menarik dengan rekaan projektor headlamp. Namun ianya masih mengekalkan gaya bentuk hood Myvi sedia ada.

Side profile dan back doornya mempunyai rekaan lebih berlengkuk untuk menampakkan aspek kekukuhan binaannya dan lampu rear combination juga direka lebih menarik. Jika lampu belakang dihidupkan, nampak seperti lampu Alza.

Rekaan dalamanya juga menarik dengan instrumen panel yang besar menampakkan binaan dalaman yang kukuh dan ianya ada menyerupai rekaan Alza. Apakah Myvi baru ini masih mampu mengekalkan kedudukannya sebagai kereta terlaris di Malaysia sepanjang zaman? Sama-samalah kita tunggu pelancarannya pada 16 Jun ini di PWTC oleh Perdana Menteri kita.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!