Proton

PROTON Bakal Muktamadkan Kerjasama Dengan Pengeluar Luar Negara

June 29, 2011

PROTON dilaporkan oleh business timesbakal memuktamadkan satu kerjasama dengan ‘pengeluar’ luar negara termasuklah menggunakan kotak gear ‘rakan’ pengeluar tersebut untuk enjin baru mereka. Menurut Syed Zainal, kerjasama itu bakal membawa masuk pelaburan sebanyak RM800 juta ke dalam negara. Beliau tidak mendedahkan nama pengeluar tersebut namun menyebut kerjasama itu bakal dimuktamadkan bulan depan.

Sebelum ini PROTON ada menandatangani memorandum persefahaman dengan NISSAN untuk kajian perkongsian platform dan enjin untuk model EMAS. Namun masih belum ada kata putus mengenai keputusan kajian tersebut.

Pada firasat admin, berkemungkinan besar pengeluar itu adalah NISSAN atau MITSUBISHI dan kotak gear itu akan digunakan pada enjin baru Family Y nanti dan bukan enjin turbocharged yang akan digunakan tidak lama lagi.

Enjin turbocharged akan menggunakan kotak gear CVT dari Punch Motive dan Punch Motive sememangnya bukan pengeluar kereta. Video di atas ada memaparkan gambar Exora (@30s) sebagai kereta ujian di pusat teknikal Punch Motive. Kotak gear tersebut akan diimport dari China.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!