Proton

Proton Exora Turbo Dengan Kotak Gear CVT Ditemui Lagi

June 9, 2011

Dalam kerancakan berita hangat pelancaran model gantian Myvi Jun ini, PROTON juga sedang giat menjalankan ujian peringkat akhir enjin Campro 1.6liter turbocharged dengan kota gear CVT seperti gambar spy shots yang dijumpai oleh pembaca blog paultan. Dari segi perubahannya dari model sedia ada adalah seperti yang kita dapat lihat dari gambar bahagian depan di atas ialah bumper depan dengan rongga udara untuk sistem penyejukan enjin turbonya. Juga rekaan gril hadapan yang baru disamping lampu smoked headlamp (pakai projektor lebih baik dan menarik dipandang).

Bahagian belakangnya pula tidak banyak perbezaan kecuali penambahan skirting belakang pada bahagian bumper, lampu rear combination smoked (yang standard lagi cantik) dan juga terdapat alat seperti kamera pandang belakang di kawasan licence plate di bawah tailgate garnish. Mungkin Exora turbo ini dilengkapi dengan kamera pandang belakang.

Model Exora ini akan menggunakan kotak gear CVT (rujuk gambar atas) dan sedang diuji ketahanannya oleh pihak PROTON. Kotak gear CVT biasanya sangat smooth dan mempunyai kecekapan petrol yang baik. Dengan enjin yang mempunya tork yang tinggi seperti enjin Campro CFE, Exora facelift ini bakal memberi penjimatan dengan rupa bentuk yang lebih menarik dari model MC sebelum ini.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!