Uncategorized

Syarikat Wakil Jualan Kereta Di Arah Bayar Pelanggan RM20,855

June 28, 2011

2 Syarikat wakil jualan PROTON dilaporkan oleh Bernama di arah membayar semula wang deposit seorang pelanggan sebanyak RM20,855.Tribunal aduan pengguna mengarahkan syarikat Dinasti Agresif (M) Sdn Bhd membayar RM10,855 dalam tempoh 14 hari manakala Roadstar Automobile Enterprise sebanyak RM10,000 dalam masa 30 hari.

Ceritanya bermula apabila pelanggan berkenaan membayar deposit untuk sebuah kereta PROTON Waja 1.6A CPS kepada Dinasti Agresif sebanyak RM10,855 namun telah diberitahu bahawa kereta tiada stok. Pihak Dinasti menyuruh beliau ke syarikat lain dan berjanji akan membayar balik wang pendahuluan yang diterima mereka. Di syarikat kedua juga beliau terpaksa membayar RM10,000 untuk wang pendahuluan. Walaupun sudah membayar RM10,000 beliau masih juga tidak mendapat kereta dan siasatan mendapati wangnya telah digunakan untuk membayar deposit pelanggan lain.

P/s: Pastikan segala dokumen untuk pembelian kereta adalah sah dan mengikut undang-undang. Apa yang mengecewakan, masih ada sikap tidak professional di kalangan kita yang mahu menipu. Semoga mereka kembali ke pangkal jalan.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!