Proton

Kotak Gear CVT Untuk Kereta PROTON

July 4, 2011

PROTON dilaporkan oleh star-motoring akan menggunakan kotak gear CVT pada enjin CamPro nya tidak lama lagi sebagai varian tambahan kepada barisan model sedia ada. Menurut pengarah urusannya, Dato Syed Zainal, ianya bukan sahaja akan memberikan pemanduan yang lebih smooth juga ianya memberikan kecekapan penggunaan bahan api yang lebih berkesan dan jimat. Ianya juga adalah 20% lebih ringan berbanding gear automatik konvensional.

Syed Zainal juga berkata CVT boleh memberikan penjimatan sebanyak 4% pada jalan bandar manakala 10% untuk pemanduan lebuh raya. Kotak gear CVT semakin popular dan banyak digunakan oleh pengeluar lain kerana memberikan pemanduan yang smooth dan penjimatan minyak.

Komen admin: Syabas kepada PROTON kerana mampu mengeluarkan kereta dengan teknologi tinggi seperti kotak gear CVT ini. Memang ia menjimatkan dan kebanyakan pengeluar memang menggunakannya. Selain dari kotak gear, admin harap model baru PROTON juga lebih baik dari segi NVH dan kualiti parts yang digunakan.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!