Menurut laporan star-motoring, PROTON telah mengambil alih kedudukan Perodua sebagai pengeluar kereta nombor 1 di negara kita apabila menjual 72,229 unit berbanding Perodua yang menjual 70,752 unit dari bulan Januari hingga Mei tahun ini. Ini dibantu oleh model Saga yang mencatat jualan sehingga 6700 unit sebulan. Walaubagaimanapun kedudukan PROTON mungkin tidak kekal lama apabila Myvi baru mula dihantar dan masalah keputusan bekalan komponen dapat di atasi nanti.
Sumber: star-motoring