Honda

Gambar Model Gantian Honda Civic Versi Asia Pasifik

August 2, 2011

20110803-051830.jpg

Honda telah mengeluarkan gambar model gantian Civic versi Asia Pasifik yang juga model yang akan dijual di negara kita. Sebelum ini kita hanya dapat melihat versi Amerika Utara. Jika kita lihat bahagian depan, lampu depan adalah sama dengan versi US namun ada tambahan lampu projektor. Sebelum ini lampu depan model US dan Asia berbeza rekabentuk.

20110803-062810.jpg

Dari segi side profile pula masih menyerupai model generasi kelapan dengan tambahan lengkuk untuk memberi imej lebih kukuh pada lapisan sheet metal. Corner pillarnya juga lebih kecil berbanding sebelum untuk menambah daya penglihatan dengan lebih baik. Menurut sumber, asas roda atau wheelbasenya berkurang sebanyak 30mm namun ia mungkin tidak memberi banyak perbezaan.

20110803-063720.jpg

Bahagian belakangnya pula direka lebih menarik dengan lampu ala-ala Mercedes dan boot yang sedikit tinggi untuk nampak lebih sharp dan sporty. Bagi admin, Honda masih meneruskan tradisi mereka dengan mengekalkan styling language untuk sesebuah model baru untuk beberapa cycle sebelum mengalami revolusi. Admin juga rasa model ini akan menjadi hit sekali lagi di negara kita.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!