Uncategorized

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dan Maaf Zahir Batin Dari Sembang-auto.com

August 25, 2011

Salam Aidilfitri kepada pembaca blog sembang-auto.com yang beragama Islam. Setelah sebulan berpuasa kini tibalah masanya untuk kita merayakan kejayaan menempuhi ibadah puasa dalam bulan Ramadan. Pihak admin sembang-auto.com ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf kerana tidak selalu update blog ini dalam bulan puasa kerana kesibukan dalam ibadah dan juga jika ada tersalah informasi mengenai artikel-artikel yang admin postkan dalam blog ini.

Admin juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan mengenai keselamatan ketika pulang ke kampung halaman. Pastikan kenderaan anda dalam keadaan selamat dan telah diservis sebelum memulakan perjalanan.

“Jika keselamatan dipandang mudah, impian keluarga menjadi musnah”

Begitulah kata-kata kiasan mengenai keselamatan jalanraya kerana aspek keselamatan sememangnya tiada kompromi. Pihak berkuasa juga perlu mengambil tindakan lebih ketat dengan memantau pembaikan jalan raya agar ianya tidak dibuat secara sambil lewa seperti sekarang. Pihak sembang-auto juga ada memberi buku panduan percuma untuk rakan facebook seperti dibawah;

Buku ini sekurangnya berguna untuk ilmu asas penyelenggaraan kereta yang perlu ada pada setiap pemilik dan pemandu. Dapatkan naskah anda di SINI

Daripada:
Azizul
admin sembang-auto.com

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!