Sebuah Lamborghini Gallardo telah dilaporkan terbakar di Bukit Damansara semasa menaiki sebuah bukit. Menurut kata pemiliknya, beliau telah memiliki kereta itu selama tiga tahun perasan ada asap keluar dari enjin kereta itu tetapi tidak menyangka yang ianya akan terbakar.
Menurut sumber, punca kebakaran mungkin disebabkan oleh kebocoran saluran minyak. Sebuah Lamborghini yang berharga jutaan ringgit juga tidak terlepas dari masalah kecacatan kerana itu adalah adat pengeluaran. Namun apa yang penting adalah pemeriksaan berkala dan jika boleh elakkan daripada modifikasi berlebihan.
Sumber: The Star