Perodua

Gambar Terkini Perodua Myvi Extreme 1.5liter

September 1, 2011

Perodua dilihat bersiap sedia untuk melancarkan model Myvi edisi SE terbarunya yang dipanggil Extreme dan dikatakan menggunakan enjin 1.5liter berdasarkan gambar terbaru di atas. Melihat dari gambar di atas, bahagian hadapan Myvi Extreme ini memang cukup menarik dan garang dengan tambahan skirting dan ‘front lip’ yang menarik. Rimnya juga berbeza dari gambar spy shots sebelum ini (bawah) dan nampak seperti menggunakan jenis multispoke yang menarik.

Gambar di atas menunjukkan Myvi Extreme sedang dalam Assembly line dan masih lagi tidak mempunyai skirting dan masih menggunakan rim Myvi sekarang. Namun backdoor spoiler sudah ada dan kita dapat mengagak backdoor spoiler yang sama bakal digunakan. Jika Myvi ini menggunakan enjin 1.5liter, pasti ianya lebih menjimatkan dengan kelebihan kuasa enjin berbanding berat dan teknologi DVVT yang sudah terbukti menjimatkan bahan api. Namun begitu, persoalannya sekarang berapakah harga jual Myvi Extreme ini? Adakah RM60ribu? Jika di negara Jepun, wang sebanyak itu hampir-hampir dapat membeli sebuah Civic FD. Apakah harga kereta di negara kita sekarang munasabah? Hanya kerajaan sahaja yang tahu. Pelancaran model ini dijangka akan dilakukan tidak lama lagi kerana ianya sudah dihantar ke cawangan jualan dan dealer Perodua.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!