Honda

Honda Civic Versi Eropah Dilancarkan

September 20, 2011

20110920-095139.jpg

Honda telah melancarkan model Civic versi Eropah pada pameran motor Frankfurt ke 64. Orang Eropah memang amat menyukai model hatch entah kenapa sebabnya sebab itu banyak pengeluar mempunyai versi hatch untuk pasaran sana. Termasuklah pengeluar nasional kita iaitu Proton yang mencuba nasib dengan model Gen 2.

20110920-095443.jpg

Model Civic baru ini mendapat liputan luas dan dikatakan rekaannya adalah 2 generasi terkedepan. Dengan saiz yang lebih kurang sama dengan model yang digantikannya, rekaan Civic ini bagi admin amatlah menarik. Handle pintu belakang terletak berdekatan c pillar ala-ala Alfa Romeo.

20110920-095736.jpg

20110920-095806.jpg

Bahagian belakangnya juga menarik dengan rekaan ala-ala model hibrid popular Insight. Lampu LEDnya juga mempunyai rekaan yang berlekuk.

20110920-100058.jpg

Bahagian dalamannya hampir sama dengan model Civic sedan dengan konsep dua dek cuma bahagian paparan digitalnya berbentuk lengkuk manakala Civic sedan berbentuk empat segi. Sterengnya berkongsi rekaan dengan model sedan barangkali untuk penjimatan kos. Civic ini dikatakan amat menjimatkan minyak dan ditawarkan dengan 3 varian enjin bermula dari 1.4l, 1.8l petrol dan 2.2l I-DTEC diesel. Enjin 2.2l I-DTEC adalah yang paling jimat dengan hanya menggunakan
4.2l diesel untuk 100km. Bagaimana pendapat anda untuk model ini?

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!